subscribe: Posts | Comments

Tingkah Laku Penjenayah Zaman Berzaman

2 comments

Sekiranya anda peminat Crime Investigation Channel, (obviously not CSI), anda akan kerap meneliti dan membaca pemikiran dan tingkah laku para penjenayah. Saluran menarik ini banyak mendedahkan pengetahuan yang bermanfaat untuk dihadam terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan dunia perundangan. Ceritanya seratus peratus benar, aksi sebenar, hero bukan jadi-jadian, dan kesnya adalah realiti.

Terdapat banyak program di dalam saluran itu memaparkan sesi soal siasat dan temu bual dengan penjenayah. Semua program ini sangat signifikan dalam memahami bagaimana penjenayah berfikir dan bertindak. Salah satu bentuk tingkah laku dan corak pemikiran penjenayah yang jelas ialah sikap tidak mahu mengaku walaupun bukti terang telah menjelaskan dirinya adalah pelaku jenayah tersebut. Yakin diri bahawa diri suci bersih, walaupun sebenarnya bukti memalit lumpur pada dirinya.

Tingkahlaku sebegini juga dapat dikesan pada kerajaan Israel, bangsa Yahudi yang dimurkai Allah. Perang di Gaza selama 22 hari pada awal tahun 2009 baru-baru ini, menjelaskan kepada kita bahawa bangsa Yahudi adalah penjenayah perang yang paling perlu didakwa.

Yahudi Yang Kuat Berdalih

httpv://www.youtube.com/watch?v=j2clOSYNdx4

Tingkah laku jenayah Yahudi ketika peperangan di Gaza baru-baru ini dapat ditelah dengan mudah. Mereka mencuci tangan mereka dengan mengatakan bahawa kematian orang awam bukanlah disebabkan oleh serangan mereka. Mereka meletakkan penyebab kematian itu di tangan HAMAS dan orang awam Palestin sendiri. Lebih utama sebelum itu, Israel memfrasakan semula sasaran peperangan. Kononnya, mereka bukan membunuh orang awam Palestin tetapi memerangi kumpulan pengganas, iaitu HAMAS.

Berikut adalah alasan terbaru Yahudi bagi meletakkan kesalahan mereka membunuh orang awam ke pundak HAMAS:

  1. Sebelum serangan dibuat, maklumat tentang serangan telah dimaklumkan terlebih dahulu bagi membolehkan orang awam meninggalkan tempat sasaran. Penyebaran maklumat dibuat menerusi panggilan telefon kediaman, mesej ringkas ke telefon bimbit dan juga taburan phamplet dari helikopter.
  2. Serangan hanya memfokuskan kepada tempat-tempat penyimpanan senjata yang dikesan menerusi satelit dan kamera infra merah pada pesawat peninjau. Sehubungan itu, mana-mana tempat kediaman dan masjid yang tidak mengalihkan senjata, tetap akan dibom.
  3. Mendakwa bahawa orang awam Palestin akan berkumpul ke lokasi kubu atau rumah pemimpin HAMAS untuk membuat benteng manusia. Pengeboman tepat akan dibuat dan kesan sampingannya mengakibatkan ramai orang awam mati terbunuh.

httpv://www.youtube.com/watch?v=70Oqo_wmuGo

Semua propaganda Yahudi ini ditebarkan merata di media Barat bagi meyakinkan masyarakat dunia bahawa mereka tidak dapat mengelakkan lagi daripada membunuh manusia.

Benarlah al-Quran

Tingkahlaku penjenayah Yahudi pada hari ini, sudah digambarkan lebih awal lagi oleh datuk moyang mereka iaitu adik beradik Nabi Yusuf a.s. Allah merakamkan dalihan dan sifat suka menyembunyikan kebenaran mereka menerusi ayat berikut:

قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِنْدَ مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِين

Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar”. (Surah Yusuf: ayat 17)

Setelah mereka cuba membunuh Nabi Yusuf a.s. dengan mencampakkan baginda ke dalam telaga terbiar, mereka pulang dengan mendakwa bahawa sang serigala telah merobek dan memakan adik mereka. Cerita palsu dengan bukti baju berdarah palsu itu disuakan kepada bapa mereka yang telah tua, Nabi Ya’akub a.s. Bagaimanapun, perfect crime yang cuba dicipta menemui kegagalan, kerana serigala tidak akan membuka baju Yusuf dengan sopan santun. Lalu, baju yang berlumuran darah itu, di mana koyak rabaknya?

Setelah gagal membuktikan kebenaran mereka, tiada kata lain yang lebih indah bagi seorang penjenayah daripada terus bersifat yakin diri bahawa mereka tidak bersalah. Kata-kata keramat mereka, “Kalian sukar mempercayai kebenaran kami, walaupun kami orang yang benar” diwarisi oleh cucu cicit mereka, kerajaan Yahudi pada hari ini.

Ketahuilah, kata-kata yang sama juga diamalkan oleh ramai penjenayah di dunia ini ketika polis sedang menyoal siasat mereka. Tidak percaya? Rajin-rajin menonton siaran di saluran Crime Investigation Channel. Ia memang tingkahlaku penjenayah zaman berzaman.

Oleh:
MOHD AL ADIB SAMURI
Januari 2009

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

Share
  1. saya pernah membaca buku mengenai yahudi dan zionis. amat terkejut kerana sebenarnya telah lama org yahudi ini melakukan peperangan pembersihan etnik. dari mulanya kaum ini dilaknat oleh Allah hinggalah sekarang. didalam buku tersebut juga menenrangkan bahawa peperangan Napoleon adalah angkara yahudi , peperangan salib juga dimulakan oleh kaum ini, malahan adolf hitler juga mengetahui niat jahat kaum ini. sehinggakan mereka dibunuh beramai-ramai. tapi semua ini tidak tercatat dalam sejarah peradaban dunia , kerana sejarah itu ditulis oleh mereka ! sayang sungguh buku ini hilang dalam simpanan saya , kalau tidak dapat saya kongsikan bersama.

  2. Terima kasih atas komen Puan. Semoga umat ini sentiasa waspada dengan angkara Yahudi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>