MEMANG YAHUDI BERGENETIK PEMBUNUH!
Diari anak-anak Pelestin pada hari ini masih berdakwat merah. Ia basah dengan darah syuhada’ saudara-saudara mereka, juga halaman itu tertimpa derai air mata mereka sendiri. Pena anak-anak Palestin ini mencoret bahawa ada darah terpercik pada wajah mereka ketika mereka berlari di bawah dentum peluru di dada langit. Mereka juga bercerita tentang kawan-kawan yang tiba-tiba hilang, tidak lagi bertemu di laman permainan. Juga ruangan diari itu menjadi saksi, bahawa ada sahaja usungan putih dibawa masuk ke hospital di seberang jendela rumahnya. Benar, rumahnya sendiri tiada jaminan akan bergelar sebuah bangunan, sejam dari saat dia menulis, kerana mungkin turut dibom Yahudi laknatullah.
Sayangku, anak-anak Palestin! Aku tidak punya halawah untuk membujuk kalian, walau kupasti derita itu tidak hilang diganti dengan nikmat yang kutawarkan. Tapi, pada coretan ini, ingin kupujuk kalian dengan cerita-cerita. Cuma hikayat ini berbeza, tiada pari-pari berkayu magis dan tiada mimpi indah bakal kalian miliki di waktu tidur nanti setelah mendengarnya. Aku cuma yakin kalian akan dapat tenang, biarpun sedetik.
Mahukah kalian tahu bahawa Yahudi yang membunuh ibu ayahmu, atau saudara-saudaramu, juga adik beradikmu itu punya satu penyakit genetik. Kalian akan tahu, setelah aku berkisah tentang perkara ini.
Mereka memang dilahirkan menjadi bangsa pembunuh. Darah orang lain adalah murah di mata mereka. Kejahatan mereka ini bukan lagi rahsia, malahan Allah yang memberitahu kita. Bukan orang biasa, bukan orang di jalanan, bukan musuh no. 1 mereka dan bukan juga individu sampah dalam komuniti mereka yang menjadi mangsa pembunuhan mereka. Tetapi, mereka membunuh para Nabi! Nabi-nabi yang diutus untuk mereka sendiri dan sebangsa dengan mereka. Dari zaman ke zaman, sering sahaja berakhir hayat para Nabi berbangsa Israel ini di mata pedang orang Yahudi itu sendiri. Tidak percaya? Allah bercerita dalam firman-Nya:
ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الأنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
Maksud: Mereka (kaum yahudi) ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahnya), dan mereka membunuh nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (Surah Ali Imran: 112)
Berapa jumlah Nabi yang mereka bunuh? Usah tanya jumlahnya, hanya Allah yang lebih tahu perinciannya. Namun, satu athar dari Ibn Mas’ud yang dinukilkan oleh Ibn Kathir dalam tafsirnya membuatkan kita tertanya-tanya, makhluk perosak apakah ini yang muncul di bumi?
Ibn Mas’ud berkata:
كانت بنو إسرائيل تقتل في اليوم ثلاثمائة نبيّ، ثم يقوم سُوق بَقْلهم في آخر النهار.
Maksud: Bani Israel suatu ketika dahulu pernah membunuh seramai 300 orang Nabi dalam sehari, kemudiannya, mereka menjalankan perniagaan barangan harian (berpesta untuk meraikannya) pada penghujung hari itu. (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azhim, Dar Thaiyibah Li al-Nasyr wa al-Tauzi’, 1999, jil. 2, hlm. 104)
Sayangku, anak-anak Palestin. Apalah sangat dengan kejahatan Yahudi pada hari ini, walaupun ia telah berlangsung selama hampir 60 tahun. Ini kerana, kejahatan mereka membunuh para Nabi di kalangan mereka sendiri merupakan jenayah yang lebih besar. Membunuh sudah menjadi darah daging mereka.
Dan, tahukah juga kalian, Nabi Muhammad s.a.w., Junjungan tercinta kita juga pernah beberapa kali cuba dibunuh oleh Yahudi ini. Iaitu nenek moyang kepada Yahudi yang sedang menyembelih kalian. Genetik yang sama dan darah yang sama. Kalau Nabi pun sudah hampir dibunuh, apalah sangat kita ini, pasti lebih suka untuk mereka melakukan jenayah kemanusiaan itu.
Ini, aku nukilkan kisah ringkas dari kisah sejarah Junjungan, yang turut menghadapi ancaman bunuh dari orang Yahudi, tetapi Allah lebih bijaksana daripada mereka. Allah selamatkan Nabi Muhammad s.a.w. daripada kejahatan tangan-tangan mereka.
Kisah Pertama: Ketika baginda masih kecil.
أن أم النبي صلى الله عليه وسلم لما دفعته إلى السعدية التي أرضعته، قالت لها: احفظي ابني وأخبرتها بما رأت. فمرت باليهود فقالت: ألا تحدثوني عن ابني هذا، فإني حملته كذا ووضعته كذا ورأيت كذا، كما وصفت أمه. قال: فقال بعضهم لبعض اقتلوه. فقالوا: أيتيم هو ؟ فقالت: لا، هذا أبوه وأنا أمه. فقالوا : لو كان يتيما لقتلناه. قال: فذهبت به حليمة وقالت: كدت أخرب أمانتي.
Maksud: Bahawa apabila ibu Nabi menyerahkan baginda kepada wanita bani Sa’adi untuk menyusukan baginda, dan ibunya berkata kepada Halimah al-Sa’adiah; “jagalah anakku,” dan ibu nabi memberitahu Halimah apa yang telah dia lihat (tanda-tanda kenabian). Kemudiannya, Halimah al-Sa’adiyah melintasi sekumpulan orang Yahudi dan Halimah berkata: “Adakah engkau tidak mahu berkata apa-apa tentang anakku ini, sesungguhnya aku mengandungkannya begitu dan begini, dan melahirkannya begitu dan begini, dan aku melihatnya (tanda-tanda) begitu dan begini,” sebagaimana yang diceritakan oleh ibu baginda. Seorang Yahudi itu berkata kepada Yahudi yang lain, “bunuhlah ia!” Kemudian, mereka bertanya: “Adakah anak ini yatim?” Halimah al-Sa’adiyah menjawab: “Tidak, ini adalah bapanya, dan aku adalah ibunya.” Orang Yahudi itu berkata, “Sekiranya dia anak yatim, kami pasti membunuhnya.” Halimah mengambil baginda dan berkata, “Aku hampir merosakkan apa telah diberi amanah kepadaku.” (al-Suyuti, al-Khasha`is al-Kubra, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1985, hlm. 103)
Kisah Kedua: Selepas Peperangan Badar
فَأَجْمَع بَنُو النَّضِير عَلَى الْغَدْر ، فَأَرْسَلُوا إِلَى النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اُخْرُجْ إِلَيْنَا فِي ثَلَاثَة مِنْ أَصْحَابك وَيَلْقَاك ثَلَاثَة مِنْ عُلَمَائِنَا ، فَإِنْ آمَنُوا بِك اِتَّبَعْنَاك . فَفَعَلَ . فَاشْتَمَلَ الْيَهُود الثَّلَاثَة عَلَى الْخَنَاجِر فَأَرْسَلَتْ اِمْرَأَة مِنْ بَنِي النَّضِير إِلَى أَخ لَهَا مِنْ الْأَنْصَار مُسْلِم تُخْبِرهُ بِأَمْرِ بَنِي النَّضِير ، فَأَخْبَرَ أَخُوهَا النَّبِيّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْل أَنْ يَصِل إِلَيْهِمْ ، فَرَجَعَ ، وَصَبَّحَهُمْ بِالْكَتَائِبِ فَحَصَرَهُمْ يَوْمه ، ثُمَّ غَدَا عَلَى بَنِي قُرَيْظَة فَحَاصَرَهُمْ فَعَاهَدُوهُ فَانْصَرَفَ عَنْهُمْ إِلَى بَنِي النَّضِير ، فَقَاتَلَهُمْ …
Maksud: Maka, orang-orang Yahudi bersepakat untuk mencabuli perjanjian dengan Nabi (berperang). Kemudian, mereka menghantar utusan kepada Nabi s.a.w.: “Hantarkan kepada kami tiga orang sahabat kamu, dan akan datang kepada kamu tiga orang rabbi (ulama’ Yahudi), sekiranya mereka beriman dengan kamu, maka kami akan mengikutimu.” Maka, perancangan akan dilaksanakan. Kemudian, mereka membawa senjata yang disembunyikan (mereka hendak membunuh Nabi s.a.w.). Bagaimanapun, seorang wanita yang jujur daripada Bani al-Nadir telah menghantar maklumat tentang rancangan mereka itu kepada saudaranya, yang merupakan seorang Islam dari kalangan golongan Ansar, dan saudaranya itu memberitahu rancangan mereka kepada Nabi s.a.w. sebelum baginda sampai di sana. (Mendengarkan itu) Rasulullah telah pulang semula, dan pada hari yang berikutnya, baginda membawa tentera dan mengepung orang-orang Yahudi pada hari itu, kemudiannya pada waktu tengahari baginda mengepung Bani Quraizah dan mengikat perjanjian dengan mereka. Kemudiaannya, baginda kembali semula ke tempat Bani Nadir, dan membunuh mereka… (Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hlm. 358)
Kisah ketiga: Nabi diracun dengan hidangan makanan.
عن أبي هريرة أنه قال لما فتحت خيبر أهديت لرسول الله صلى الله عليه وسلم شاة فيها سم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم اجمعوا لي من كان ها هنا من اليهود فجمعوا له فقال لهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فهل أنتم صادقي عن شيء إن سألتكم عنه ؟ قالوا نعم فقال هل جعلتم في هذه الشاة سما ؟ فقالوا نعم فقال ما حملكم على ذلك ؟ فقالوا أردنا إن كنت كذابا نستريح منك وإن كنت نبيا لم يضرك”.
Maksud: Abu Hurairah berkata: Apabila Khaibar telah ditawan, daging kambing panggang telah dipersembahkan kepada Nabi sebagai hadiah (oleh orang Yahudi) yang beracun. Nabi s.a.w. bersabda: “Kumpulkan orang-orang Yahudi yang ada di sini.” Orang Yahudi pun dikumpulkan dan Nabi bersabda, “Adakah kalian akan memberitahuku perkara yang benar, jika aku bertanya tentang sesuatu?” Mereka menjawab, “Ya.” Baginda bertanya: “Adakah kamu telah meracun daging kambing ini?” Mereka menjawab, “Ya.” Baginda bertanya, “Apa yang mengakibatkan kamu berbuat demikian?” Mereka menjawab, “Kami mahu tahu jika kamu adalah seorang pendusta iaitu jika berlaku, kami boleh berehat daripada kamu. Dan jika kamu seorang Nabi, maka racun itu sudah pasti tidak membahayakan kamu.” (al-Bukhari, al-Sahih al-Bukhari, jil. 11, hlm. 291, No. hadith: 3169)
Sayangku, anak-anak Palestin,
Para Nabi diuji dengan pembunuhan daripada kaum Yahudi. Sama seperti kalian. Namun, ujian mereka lebih hebat dan besar, kerana tergalas di bahu mereka beban dakwah dan perjuangan. Kesabaran mereka juga lebih besar, kerana di situlah akan digapai redha Allah. Justeru, sayangku anak-anak Palestin, pohonkanlah kesabaran daripada Allah agar kalian dapat lebih tabah, lebih daripada biasa. Sebagaimana pesan Nabi junjungan s.a.w. yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
لاَ تَمَنَّوْا لِقَاءَ الْعَدُوِّ، فَإِذَا لَقِيتُمُوهُمْ فَاصْبِرُوا
Maksud: Janganlah kamu bercita-cita untuk bertemu musuh, sekiranya kamu telah bertemu musuh, maka bersabarlah! (al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 11, hlm. 75, No. Hadith: 3026)
Sayangku, anak-anak Palestin. Bersabarlah. Memang mereka keturunan PENJAHAT!
Oleh,
MOHD. AL ADIB BIN SAMURI
www.al-adib.net
© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.














