subscribe: Posts | Comments

Manipulasi Nama Nabi Untuk Kuasa Politik

0 comments
Manipulasi Nama Nabi Untuk Kuasa Politik

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., tiada sebarang perbalahan politik berlaku. Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab dan Uthman al-Affan mentadbir negara Islam dengan baik. Selain itu, tumpuan juga diberikan dalam kerja-kerja pengumpulan al-Quran dan menulisnya dalam bentuk mushaf. Hadis-hadis juga dilaporkan dan direkodkan oleh para sahabat yang fokus menjalankan aktiviti itu. Islam pula semakin berkembang luas sehingga memasuki wilayah Parsi dan sempadan Rom.

Kestabilan negara Islam mula tergugat apabila wujudnya fitnah pada zaman Uthman al-Affan. Apabila beliau mati dibunuh, Ali Abu Talib pula menggantikannya. Situasi bertambah rumit apabila beberapa pihak meminta Ali bertindak terhadap pihak yang membunuh Uthman. Akhirnya, Ali Abu Thalib juga syahid dibunuh orang.

Ketika itu, situasi politik telah membentuk beberapa kumpulan. Satu kumpulan adalah pengikut Muawiyah bin Abi Sufyan. Kumpulan kedua adalah pengikut Ali bin Abi Thalib. Mereka ini kemudiaannya dinamakan sebagai Rafidah atau Syiah. Kumpulan ketiga adalah orang yang keluar dari kumpulan yang menyokong Ali bin Abi Thalib sebelumnya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan beliau. Kumpulan ini dinamakan sebagai Khawarij.

Fokus utama kesemua kumpulan ini adalah untuk mendapatkan tampuk kepimpinan umat Islam ketika itu. Dalam konteks moden, ia dinamakan persaingan politik.

Untuk mengukuhkan penguasaan mereka atau untuk meluaskan pengaruh, setiap kumpulan ini menggunakan pendekatan agama. Kerja utama mereka ialah membuktikan kepada orang ramai tentang kebenaran kumpulan dan pemimpin mereka dengan menggunakan dalil agama. Untuk merealisasikan matlamat politik, kumpulan penyokong Muawiyah dan juga Ali telah mencipta hadis-hadis yang menyebut keistimewaan pemimpin mereka. Para pengikut kedua-dua kumpulan itu mereka-reka hadith yang berupa pujian dan sokongan Nabi s.a.w. terhadap Muawiyah atau Ali untuk jawatan kepimpinan tersebut. Mereka menggunakan nama Nabi s.a.w. untuk kepentingan politik mereka. Ini kerana, nama dan kata-kata Nabi begitu signifikan dalam hati dan keimanan umat Islam. Sekiranya Nabi sudah menyatakan sedemikian, sudah pasti pemimpin dan kumpulan itu adalah benar dan perlu disokong.

Daripada ketiga-tiga kumpulan itu, kumpulan Rafidah adalah yang paling aktif melakukan aktiviti tersebut. Tindakan kumpulan Rafidah mencipta dan memalsukan hadith berlangsung selama beberapa ratus tahun selepas itu. Jumlah hadith yang dipalsukan juga terlalu besar.

Pada hari ini, perkara yang sama berlaku. Walaupun pada zaman ini tiada pihak yang berani mencipta hadis Nabi s.a.w. secara terang-terangan untuk survival politiknya, namun mereka tetap menggunakan modus operandi yang sama.

Sebagai contoh, terdapat seorang tokoh organisasi tarekat di Malaysia yang mendakwa dirinya boleh bertemu secara jaga dengan Nabi s.a.w. Malahan, dia mendakwa bahawa Rasulullah memberi mesej bahawa dia adalah pemimpin yang dijanjikan untuk umat Islam. Kuasa politik untuk dirinya sudah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia berjaya meyakinkan pengikutnya bahawa dia akan berkuasa bersama-sama dengan Imam al-Mahdi, berdasarkan perkhabaran Nabi s.a.w. kepadanya. Sungguh, inilah satu bentuk manipulasi nama Nabi s.a.w. dalam era moden kerana tamak akan kuasa.

Demi kuasa politik, ramai orang yang sanggup berdusta menggunakan nama Nabi. Maka, siap sedialah tempat di api neraka.

  • Berikut adalah buku yang dicadangkan untuk bacaan lanjut:
  •  

  • Dapatkan buku tentang: 
    • sejarah perkembangan ilmu hadis di sini. (Klik)
    • sejarah khilafah Islam. (Klik)
    • perkembangan mazhab. (Klik

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Oleh,

MOHD AL ADIB SAMURI
www.al-adib.net

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>