subscribe: Posts | Comments

Gementarkah Hati di Pagi Jumaat?

3 comments
Gementarkah Hati di Pagi Jumaat?

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Jumaat, penghulu segala hari datang lagi. Masa dirasakan begitu pantas. Baru sahaja bertemu Jumaat, kini sudah bertemu lagi Jumaat yang lain.

Hari Jumaat, hari kita beribadah. Hari yang kita penuhkan dengan pelbagai amalan sunnah.

Namun, setiap kali Jumaat datang, kita tidak pernah terasa apa-apa. Aduh, betapa lemahnya kita sebagai manusia. Tahukah, ada sesuatu yang boleh menghentikan urat nadi kita pada hari Jumaat? Tahukah kita yang bumi dan seisi alam ini akan digoncang Allah pada hari Jumaat? Tahukah kita bahawa seluruh alam ini boleh musnah pada hari Jumaat? Tahukah yang hari Kiamat, hari yang dijanjikan itu akan berlaku pada hari Jumaat?

Memang manusia dan jin akan leka dan lupa dengan perkara ini. Kita yang bertemu Jumaat saban minggu tidak terlintas di fikiran tentang hari Kiamat. Merasakan Kiamat masih jauh dan lama lagi. Walaupun Allah dan Rasul-Nya mengatakan ia sudah terlalu hampir!

Lebih menggugah hati kita lagi, apabila Nabi s.a.w. memberitahu bahawa setiap makhluk akan gementar dan takut apabila Jumaat menjelang. Takut akan kiamat yang boleh berlaku dengan tiupan sangkakala yang mematikan semua makhluk-Nya. Gunung takut. Awan takut. Hutan belantara dan seisinya cemas. Haiwan-haiwan gelisah. Hari Jumaat, hari Allah boleh bertindak ke atas semua makhluk-Nya. Semua makhluk merasakan ketakutan itu. Tetapi tidak pada diri kita, seorang manusia.

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. berkata:

خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ فِيهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ, فِيهِ خُلِقَ آدَمُ, وَفِيهِ أُهْبِطَ, وَفِيهِ تِيبَ عَلَيْهِ, وَفِيهِ مَاتَ, وَفِيهِ تَقُومُ السَّاعَةُ, وَمَا مِنْ دَابَّةٍ إِلاَّ وَهِىَ مُسِيخَةٌ يَوْمَ الْجُمُعَةِ مِنْ حِينَ تُصْبِحُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ, شَفَقًا مِنَ السَّاعَةِ, إِلاَّ الْجِنَّ وَالإِنْسَ

Maksud: Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, dan pada hari itu baginda diturunkan ke bumi, dan pada hari itu taubatnya diterima, dan pada hari itu baginda mati. Dan pada hari itu pula terjadinya hari Kiamat. Tiada satu pun haiwan melata kecuali menunggu hari Kiamat pada setiap hari Jumaat, semenjak pagi sehingga terbenam matahari, kerana takut pada hari Kiamat, kecuali jin dan manusia. (Sulaiman bin al-Ash’ath, Sunan Abi Daud, Dar al-Fikr, jil. 1, hlm. 341, no. hadith: 1046. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Haiwan yang tidak diberi akal, tetapi punyai rasa takut kepada Allah. Takut pada Kiamat yang akan mendatang. Manusia yang bijaksana seperti kita, tidak pula mempunyai rasa yang sama. Maka, siapakah yang lebih mulia?

Senja Jumaat ini, apabila Kiamat tidak berlaku, para haiwan itu akan lega seketika. Mereka kembali gelisah pada Jumaat hadapan. Kita bagaimana?

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Oleh,

MOHD AL ADIB SAMURI
www.al-adib.net

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

Share
  1. salam.

    mohon utk berkongsi di blog sy.

    moga Allah redha.

  2. wa’alaikumussalam. Silakan.

  3. assalamualaikum sdr Adib.artikel ini sgt mnarik dn mmberi manfaat.izinkn sy share.trima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>