subscribe: Posts | Comments

Dakwah Itu Satu Proses

4 comments
Dakwah Itu Satu Proses

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Menyampaikan sesuatu yang baik dan menjauhkan orang dari perkara mungkar adalah suatu dakwah. Dakwah pula boleh dibuat dalam pelbagai cara, secara lisan, contoh perbuatan dan juga tindakan.

Salah satu kegiatan dakwah terbesar, yang dijalankan oleh para sarjana Muslim sepanjang zaman ialah menerangkan bahaya bid’ah. Bid’ah boleh ditakrifkan sebagai perkara-perkara baru yang diadakan dalam agama tanpa sebarang petunjuk dari Nabi s.a.w. Penerangan itu seringkali disertakan dengan tindakan bagi memastikan masyarakat Islam tidak terjebak ke dalam masalah tersebut di samping mengembalikan mereka semula kepada pengamalan Islam yang murni.

Sejarah menceritakan bahawa dakwah yang dilakukan oleh para sarjana Islam untuk membasmi bid’ah memakan masa yang panjang. Ia bukan proses semalaman. Apatah lagi jika perkara bid’ah itu sudah bertapak lama dalam masyarakat dan mendapat sokongan daripada pemerintah.

Sebagai contoh, terdapat satu bid’ah yang berlaku dalam masyarakat Islam pada abad ke-7 Hijrah. Ketika itu, mereka merayakan Nisf al-Sya’aban dengan menyalakan banyak lampu di masjid-masjid di Damsyiq pada hari ke-15 bulan Sya’aban. Perkara ini mendapat penentangan daripada para sarjana Ahli Sunnah. Mereka berpendapat bahawa perbuatan itu yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Antara tokoh yang menentangnya ialah Ibn Qayyim al-Jauziyah. Untuk menjauhkan masyarakat daripada perkara bid’ah tersebut, para sarjana telah menerangkan kesalahan perbuatan tersebut sepanjang hayat mereka. Dakwah bersifat penerangan dan penentangan telah berlaku selama 200 tahun. Akhirnya ia berjaya dihapuskan oleh anak kepada Ibn Qayyim al-Jauziyah yang bernama, Abdullah. Perkara ini diceritakan oleh Ibn Kathir dalam bukunya, al-Tarikh. Ibn Kathir menyifatkan bahawa dakwah yang dibuat oleh Abdullah adalah suatu kejayaan terbaik kerana tiada sarjana yang berupaya mencapai hasil sebaik itu dalam tempoh tersebut. Ini kerana amalan bid’ah itu sudah berakar kuat dalam masyarakat. Kejayaan membasminya dengan dakwah adalah suatu yang hebat!

Dapatlah disimpulkan bahawa dakwah adalah suatu proses yang panjang. Proses menyampaikan ilmu yang sahih dan kefahaman yang jelas kepada masyarakat. Kesabaran para sarjana dan pendakwah begitu penting untuk memastikan proses ini berjaya. Sekiranya tidak pada hari ini, kejayaan mungkin akan dicapai oleh individu lain yang memikul bebanan dakwah pada masa akan datang. Justeru, kita perlu optimis dalam berdakwah!  

Ingatlah firman Allah ini:

وَإِذْ قَالَتْ أُمَّةٌ مِنْهُمْ لِمَ تَعِظُونَ قَوْمًا اللَّهُ مُهْلِكُهُمْ أَوْ مُعَذِّبُهُمْ عَذَابًا شَدِيدًا قَالُوا مَعْذِرَةً إِلَى رَبِّكُمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

Maksud: dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa.” (Surah al-A’raf: 164)

 

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Oleh,

MOHD AL ADIB SAMURI
www.al-adib.net

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

Share
  1. Salam, Ustaz. Saya ingin minta izin untuk menyalin artikel dalam blog Ustaz untuk dijadikan bahan bacaan saudara mara yang tidak mempunyai akses internet di rumah. Sekian, terima kasih.

  2. Wa’alaikumussalam. Puan, sangat dialu-alukan. Sila ke button di bawah artikel, SHARE/SAVE. Sila klik butang itu, dan cari butang ‘PRINTFRIENDLY’. Sila klik dan Puan akan dibawa ke halaman lain yang memaparkan artikel tersebut. Kemudian, tekan butang cetak atau pdf. Semudah itu. Terima kasih kerana kongsikan kepada orang ramai.

  3. salam ustaz..
    nk tnya.
    tahu x software hadis @ link-link yang boleh didownload seperti software ayat Quran untuk digunakan dalam microsoft office?

  4. Wa’alaikumussalam.

    Software Quran dalam Microsoft:
    http://www.myquran.org/msword/

    Website carian hadith dan takhrij:
    http://www.dorar.net

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>