Posted by Al-Adib in PUISI & BICARA | 0 Comments
Catatan Anak Palestin
Diari anak-anak Pelestin,
Hari ini masih berdakwat merah,
Percikan darah syuhada’ jadi hiasan kolajnya,
air matanya membancuh warna-warna perang,
hujung penanya dilarik dengan sepenuh jiwa.
Catatannya begini;
Ada darah terpercik pada wajah tatkala berlari,
di bawah dentum peluru di dada angkasa.
kawan-kawan satu persatu menghilang tiba-tiba,
tidak lagi bertemu di laman sekolah.
usungan putih berdarah melalikan retinanya,
yang saban hari kelihatan dari jendela.
nafsu perutnya sudah lama makan pujukan,
tiada lagi mendesak kelaparan.
Pena itu laju memujuk dirinya,
memberitahu tentang apalah perlu dihairankan lagi,
tentang makhluk Tuhan yang berhati durjana,
satu bani insan bernama Yahudi.
Apalah diharapkan belas ihsan,
dari satu bangsa yang dikutuk Tuhan,1
Kerna hidup mereka bernadikan permusuhan,
nyawa manusia jadi bidak caturan.
Darah mereka bergenetik pembunuh,
Sejarah tidak buta bersaksi,
sifat dari leluhur mereka,
10 kekanda Yusuf, cuba membunuh saudara sendiri,
juga 300 Nabi mati dibunuh dalam sehari,2
menjadi mangsa pedang amarah,
sedangkan para Nabi itu sedarah dan sebangsa,
Malahan, Maryam, wanita mulia pun difitnah dikeji,
Isa pula menjadi mangsa konspirasi.
Apalah diharap dari bangsa ini,
Baginda Rasulullah juga diancam mereka,
sedari kecil mereka mencari baginda,
ingin dibunuh dan ditamatkan riwayatnya,3
Pabila dewasa, didustakan kenabian baginda.
Kejahatan Yahudi terhadap Nabi tidak berhenti,
Seribu satu janji keamanan dimungkiri,
malahan baginda diracun mereka,4
dengan alasan hendak menguji,
disihir mereka kerana sudah terlalu dengki,
diperangi mereka lantaran fanatik benci,
Nabi sentiasa cuba dibunuh mereka!5
Anak Palestin itu merenda bicara,
menahan sebak pedihnya jiwa,
apalah boleh dibanding keperitan para Nabi,
yang diancam, diperangi dan dibunuh Yahudi,
dengan keperitan yang melingkari diri,
bersabarlah dengan kesabaran yang indah,
bak pesan Junjungan mulia,
“Janganlah kalian bercita-cita untuk bertemu musuh,
sekiranya kamu telah bertemu, maka bersabarlah!6
Oleh : Mohd. Al Adib Samuri (www.al-adib.net)
Deklamator : Suffian Amrin Saujana
……………………………………………………………
1 Surah Ali Imran: 112
2 Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-Azhim, Dar Thaiyibah Li al-Nasyr wa al-Tauzi’, 1999, jil. 2, hlm. 104
3 al-Suyuti, al-Khasha`is al-Kubra, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1985, hlm. 103
4 al-Bukhari, al-Sahih, jil. 11, hlm. 291, No. hadith: 3169
5 Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hlm. 358
6 al-Bukhari, Sahih, jil. 11, hlm. 75, No. Hadith: 3026
© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.
