Apr 30, 2010

Posted by Al-Adib in Pelembut Hati | 0 Comments

Nikmat Air Dingin Yang Menyegarkan

Nikmat Air Dingin Yang Menyegarkan

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Hari panas yang pijar membakar sangat mendahagakan. Bahangnya mengeringkan diri dan tekak menjerit mohon dibasahkan.

Lalu, Allah memberikan nikmat yang paling membahagiakan sesiapa pun di dunia ini. Air yang dingin. Seteguk, segelas atau sebanyak manapun, kita menghirupnya tanpa pernah puas. Segar dan mengasyikkan. Sejuknya mengalir ke seluruh urat nadi. Badan menjadi bertenaga kembali. Begitu sekali penangan air dingin.

Air dingin adalah seumpama setitis embun nikmat daripada jutaan titisnya di hujung daun kehidupan dunia yang sementara ini. Setiap saat kita menikmati pemberiaan Allah. Kita hidup bernaungkan rahmat dan kasih sayang Allah. Air dingin adalah salah satu daripadanya.

Rupa-rupanya, setiap nikmat yang Allah berikan tidak dibiarkan begitu sahaja. Nikmat air dingin itu akan ditanya oleh Allah pada Hari Mahsyar nanti. Malah, Allah akan bertanyakan nikmat terindah ini lebih awal daripada nikmat-nikmat yang lain.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

إِنَّ أَوَّلَ مَا يُسْأَلُ عَنْهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِى الْعَبْدَ مِنَ النَّعِيمِ أَنْ يُقَالَ لَهُ أَلَمْ نُصِحَّ لَكَ جِسْمَكَ وَنُرْوِيكَ مِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ؟

Maksud: Kenikmatan yang pertama kali ditanyakan kepada manusia pada hari kiamat, akan ditanya kepadanya: “Tidakkah kami telah menyihatkan badanmu? Tidakkah kami telah memberikanmu minuman air dingin sehingga puas?” (al-Tirmizi, Muhammad bin Isa, t.t., Sunan al-Tirmizi, Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi, Beirut, jil. 5, hlm. 448, No. hadith: 3358. Al-Albani menghukumnya sebagai sahih)

Selepas ini, apabila menghirup air dingin, ingatlah yang nikmat itu akan ditanya oleh Tuhanmu. Adakah kita mensyukurinya?

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Oleh,

MOHD AL ADIB SAMURI
www.al-adib.net

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

  • Share/Bookmark
468 ad

Leave a Reply