Apr 7, 2010

Posted by Al-Adib in Manhaj | 2 Comments

Tarikh Hayat Tokoh & Perkembangan Mazhab

Tarikh Hayat Tokoh & Perkembangan Mazhab

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Terdapat satu aspek penting yang perlu diberi perhatian, apabila kita hendak mengkaji aliran pemikiran dan tokoh-tokohnya dalam sejarah Islam. Para pengkaji perlu tahu tentang tahun lahir dan mati seseorang tokoh ilmuan tersebut. Dengan mengetahui tarikh tersebut, kita akan berupaya menyusun maklumat mengenai sejarah pemikiran, idea, metodologi (manhaj) dan mazhab mengikut kronologi masa. Ia juga akan menghilangkan prasangka terhadap aliran yang berbeza dengan kita, sekaligus membantu kita mencari kebenaran.

Sebagai contoh:

  • Imam Ahmad bin Hanbal hidup pada 780 – 855 CE, 164 – 241 H.
  • Imam Abu Hasan al-Ash’ari hidup pada 874 – 936 CE, 260 – 324 H.

Daripada fakta di atas, Imam Ahmad bin Hanbal lahir terlebih dahulu daripada Imam Abu Hasan al-Ash’ari. Mereka juga tidak pernah bertemu. Mereka juga tidak pernah belajar antara satu sama lain.

Berdasarkan tarikh hayat mereka berdua, adalah tidak logik jika ada orang mengatakan bahawa metodologi akidah Imam Ahmad adalah sama seperti metodologi akidah Imam Abu Hasan al-Ash’ari. Lebih tidak tepat lagi jika dikatakan bahawa Imam Ahmad adalah pengikut mazhab akidah yang diasaskan oleh Imam Abu Hasan al-Ash’ari.

Bukan sekadar zaman mereka tidak sama, mereka juga berpegang dengan metodologi akidah yang berbeza. Imam Ahmad berpegang dengan akidah yang berasaskan kefahaman golongan Salaf iaitu para Sahabat dan Tabien. Para pengkaji pemikiran Islam selepas zamannya menamakan alirannya sebagai akidah al-Hanabilah, dengan menyandarkan namanya. Imam Abu Hasan pula merumuskan satu metodologi yang baharu, sebagai respon kepada pemikiran Muktazilah yang dominan pada zamannya. Aliran metodologinya dinamakan sebagai Asya’irah. Apa yang dirumuskan oleh beliau, hanya berbeza dalam beberapa perkara dengan metodologi Imam Ahmad.

Walaupun mereka berbeza metodologi, namun kedua-dua tokoh ini adalah Imam dalam Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Kefahaman mereka masih di bawah payung mazhab Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah.

Apabila memahami perkara ini, seseorang itu akan menjaga lidahnya. Kita tidak akan mengkritik mana-mana tokoh dalam agama dan para pengikutnya kini. Kritikan hanya boleh dibuat secara ilmiah dengan mengkaji dalil-dalil yang diguna pakai dalam metodologi tersebut. Bukannya secara mudah menghukum seseorang itu sesat atau kafir kerana tidak mengikut metodologi pegangan kita.

Sebagai contoh, jika seseorang berpendapat bahawa tokoh sarjana seperti Ibn Taimiyyah sebagai sesat, maka pendapatnya itu salah. Ini kerana Ibn Taimiyah dan semua para pengikut metodologinya sehingga hari ini berpegang dengan aliran metodologi Imam Ahmad.

Kesimpulannya, bermula dengan mengetahui tarikh hayat seseorang tokoh sarjana, kita boleh mengetahui perkembangan sesebuah aliran pemikiran dan metodologi dalam sejarah Islam. Apabila memahaminya dengan betul, kita berupaya menjaga akhlak sesama Muslim apabila berhadapan dengan isu-isu berkaitan akidah.

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Oleh,

MOHD AL ADIB SAMURI
www.al-adib.net

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

  • Share/Bookmark
468 ad
  1. papaayit says:

    yang tambah mengelirukan ialah bila mana yang sering memberi salah tanggapan kepada tokoh-tokoh Islam ini adalah terdiri dari personaliti2 semasa yang umum melihat sebagai berpendidikan Islam. jelas, mereka juga kurang mengkaji dengan mendalam..

  2. Ya. benar Tuan Ayit. Sepatutnya kita menerangkan dengan baik kepada masyarakat.

Leave a Reply