Apr 6, 2010

Posted by Al-Adib in Tarikh Tasyri' | 0 Comments

Peranan Ulama Hadith Dalam Sesebuah Mazhab

Peranan Ulama Hadith Dalam Sesebuah Mazhab

Click to Visit Dar-us-Salam Publications

Setiap mazhab fekah mempunyai barisan tokoh ulama hadith di dalamnya. Namun, mereka terpecah kepada dua kumpulan.

Kumpulan 1: menyokong apa sahaja dalil yang mendasari mazhab tersebut.

Kumpulan 2: mengkritik dalil yang mendasari mazhab tersebut. Kewujudan kumpulan kedua sangat baik dalam proses pengembangan mazhab fekah. Ini kerana mereka bersikap kritis.

Sebagai contoh:

Dalam mazhab Shafie, ulama dari kumpulan kedua seperti al-Nawawi, Ibn Hajar al-Asqalani dan al-Baihaqi seringkali berbeza pandangan dalam sebahagian hukum-hukum yang telah dikeluarkan oleh ulama’ sebelum mereka. Lebih jauh lagi, mereka mengkritik status hadith yang dipegang oleh mazhab Shafie.

Senario ini berlaku juga dalam mazhab yang lain. Ini menggambarkan ilmu Islam sentiasa berkembang dan ulama yang lahir terkemudian juga berupaya menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat terhadap ummah.

Click to Visit Dar-us-Salam Publications!

Oleh,

MOHD AL ADIB SAMURI
www.al-adib.net

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

  • Share/Bookmark
468 ad

Leave a Reply