Mar 28, 2010

Posted by Al-Adib in NOTA FACEBOOK | 0 Comments

Buku Apa Yang Perlu Dibeli?

Seorang Ustaz yang meninggal dunia, turut meninggalkan sejumlah buku klasik berbahasa Arab yang sangat banyak. Tetapi, isteri dan anaknya tidak dapat memanfaatkannya. Ini kerana tiada sesiapa di kalangan ahli keluarganya boleh membaca buku berbahasa Arab itu. Apabila dihantar ke perpustakaan, mereka juga tidak menerimanya kerana naskhah yang sama sudah  ada di perpustakaan.

Pengajarannya, bermula tahun ini saya membeli buku agama berbahasa English dan Indonesia/Melayu. Di Pesta Buku Kuala Lumpur kali ini, saya memfokuskan buku-buku sedemikian.

Matlamat saya hanya satu, iaitu agar orang lain boleh memanfaatkannya selepas saya tiada. Buku adalah harta yang paling berharga kerana ia boleh menjadi ‘saluran paip’ yang menyalirkan pahala kepada akaun kita semasa di Barzakh nanti. Kita mungkin tidak mampu untuk mendirikan masjid dan tipikal sekolah tahfiz seperti jutawan lain, namun buku boleh menjadi modal terbaik untuk kita jadikan amal jariah.

Sekiranya ingin membaca buku berbahasa Arab, kita boleh memuat turun secara percuma di internet seperti di www.waqfeya.net dalam versi PDF dan juga beberapa laman web perpustakaan digital bahasa Arab yang lain. Inilah rahmatnya dunia ilmu Islam yang banyak disokong oleh jutawan soleh di negara Arab untuk menyebarkan ilmu.

Justeru, apabila hendak membeli buku, fikirkanlah juga siapakah yang akan mewarisinya nanti.

Catatan oleh,

MOHD. AL ADIB SAMURI

:: Artikel Berkaitan

© Hak cipta terpelihara atas nama MOHD AL ADIB SAMURI. Setiap artikel yang tersiar di www.al-adib.net dihasilkan untuk tujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat www.al-adib.net hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin www.al-adib.net terlebih dahulu.

  • Share/Bookmark
468 ad

Leave a Reply