farfromfearless

TINGKAH LAKU PENJENAYAH ZAMAN BERZAMAN

"...dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang yang benar". (Surah Yusuf: ayat 17)

Sekiranya anda peminat Crime Investigation Channel, (obviously not CSI), anda akan kerap meneliti dan membaca pemikiran dan tingkah laku para penjenayah. Saluran menarik ini banyak mendedahkan pengetahuan yang bermanfaat untuk dihadam terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan dunia perundangan. Ceritanya seratus peratus benar, aksi sebenar, hero bukan jadi-jadian, dan kesnya adalah realiti.  

Terdapat banyak program di dalam saluran itu memaparkan sesi soal siasat dan temu bual dengan penjenayah. Semua program ini sangat signifikan dalam memahami bagaimana penjenayah berfikir dan bertindak. Salah satu bentuk tingkah laku dan corak pemikiran penjenayah yang jelas ialah sikap tidak mahu mengaku walaupun bukti terang telah menjelaskan dirinya adalah pelaku jenayah tersebut. Yakin diri bahawa diri suci bersih, walaupun sebenarnya bukti memalit lumpur pada dirinya.

Tingkahlaku sebegini juga dapat dikesan pada kerajaan Israel, bangsa Yahudi yang dimurkai Allah. Perang di Gaza selama 22 hari pada awal tahun 2009 baru-baru ini, menjelaskan kepada kita bahawa bangsa Yahudi adalah penjenayah perang yang paling perlu didakwa.

Yahudi Yang Kuat Berdalih

Tingkah laku jenayah Yahudi ketika peperangan di Gaza baru-baru ini dapat ditelah dengan mudah. Mereka mencuci tangan mereka dengan mengatakan bahawa kematian orang awam bukanlah disebabkan oleh serangan mereka. Mereka meletakkan penyebab kematian itu di tangan HAMAS dan orang awam Palestin sendiri. Lebih utama sebelum itu, Israel memfrasakan semula sasaran peperangan. Kononnya, mereka bukan membunuh orang awam Palestin tetapi memerangi kumpulan pengganas, iaitu HAMAS.

Berikut adalah alasan terbaru Yahudi bagi meletakkan kesalahan mereka membunuh orang awam ke pundak HAMAS:

  1. Sebelum serangan dibuat, maklumat tentang serangan telah dimaklumkan terlebih dahulu bagi membolehkan orang awam meninggalkan tempat sasaran. Penyebaran maklumat dibuat menerusi panggilan telefon kediaman, mesej ringkas ke telefon bimbit dan juga taburan phamplet dari helikopter.
  2. Serangan hanya memfokuskan kepada tempat-tempat penyimpanan senjata yang dikesan menerusi satelit dan kamera infra merah pada pesawat peninjau. Sehubungan itu, mana-mana tempat kediaman dan masjid yang tidak mengalihkan senjata, tetap akan dibom.
  3. Mendakwa bahawa orang awam Palestin akan berkumpul ke lokasi kubu atau rumah pemimpin HAMAS untuk membuat benteng manusia. Pengeboman tepat akan dibuat dan kesan sampingannya mengakibatkan ramai orang awam mati terbunuh.

Semua propaganda Yahudi ini ditebarkan merata di media Barat bagi meyakinkan masyarakat dunia bahawa mereka tidak dapat mengelakkan lagi daripada membunuh manusia.

Benarlah al-Quran

Tingkahlaku penjenayah Yahudi pada hari ini, sudah digambarkan lebih awal lagi oleh datuk moyang mereka iaitu adik beradik Nabi Yusuf a.s. Allah merakamkan dalihan dan sifat suka menyembunyikan kebenaran mereka menerusi ayat berikut:

قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِنْدَ مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ وَمَا أَنْتَ بِمُؤْمِنٍ لَنَا وَلَوْ كُنَّا صَادِقِينَ 

Maksud: Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata kami ini, sekalipun kami adalah orang yang benar. (Surah Yusuf: ayat 17)

Setelah mereka cuba membunuh Nabi Yusuf a.s. dengan mencampakkan baginda ke dalam telaga terbiar, mereka pulang dengan mendakwa bahawa sang serigala telah merobek dan memakan adik mereka. Cerita palsu dengan bukti baju berdarah palsu itu disuakan kepada bapa mereka yang telah tua, Nabi Ya’akub a.s. Bagaimanapun, perfect crime yang cuba dicipta menemui kegagalan, kerana serigala tidak akan membuka baju Yusuf dengan sopan santun. Lalu, baju yang berlumuran darah itu, di mana koyak rabaknya?

Setelah gagal membuktikan kebenaran mereka, tiada kata lain yang lebih indah bagi seorang penjenayah daripada terus bersifat yakin diri bahawa mereka tidak bersalah. Kata-kata keramat mereka, “Kalian sukar mempercayai kebenaran kami, walaupun kami orang yang benar” diwarisi oleh cucu cicit mereka, kerajaan Yahudi pada hari ini.

Ketahuilah, kata-kata yang sama juga diamalkan oleh ramai penjenayah di dunia ini ketika polis sedang menyoal siasat mereka. Tidak percaya? Rajin-rajin menonton siaran di saluran Crime Investigation Channel. Ia memang tingkahlaku penjenayah zaman berzaman.

Oleh:
MOHD. AL ADIB BIN SAMURI
www.al-adib.net

Sedekah Untuk Web ini



Your Email Address :



  • Share/Save/Bookmark

Categories-

  • No categories

No comments as yet.

Anonymous - Gravatar

No comments have yet been made to this posting.

Commentors on this Post-

Leave a Comment-

Comment Guidelines: Basic XHTML is allowed (a href, strong, em, code). All line breaks and paragraphs are automatically generated. Off-topic or inappropriate comments will be edited or deleted. Email addresses will never be published. Keep it PG-13 people!

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

All fields marked with "*" are required.

© 2009-2010 Al-Adib.net (MOHD. AL ADIB BIN SAMURI) All Rights Reserved

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.