farfromfearless

Musibah Datang, Maksiat ‘Bercuti’…

Dengan doa yang meminta kita menghargai kehidupan, kita akan mendorong semua azam yang kita bina untuk memacu hidup ke hadapan. Menghargai kehidupan akan membuatkan kita positif tentang hidup, dan positif untuk hidup.

Tahun baru menjelang lagi. 1430H/2009M. Lalu berduyunlah manusia tanpa mengira ras dan agama untuk turut meraikannya. Gembira kerana masih bernyawa pada tahun 2009, wajah-wajah ceria ini mencorak hari pertama dengan pelbagai ragam, aktiviti yang bermacam dan niat yang rencam. Saya tidak membincangkan adakah bid’ah atau tidak menyambut tahun baru Masihi, atau persoalan apakah perlu seseorang Muslim meraikannya dengan menganjurkan pelbagai program dan keraian.

new-year2

Setelah mendengar Radio 24 Bernama hari ini, pemberita memaklumkan bahawa kerajaan Dubai meminta semua pihak di negara tersebut tidak menyambut tahun baru kerana bersedih dengan nasib umat Islam Palestin yang diserang oleh Yahudi (Allah melaknat tentera dan pemimpin Israel). Tiada sambutan dan keraian akan berlangsung. Kesedihan perlu menyelubungi semua, hentikan acara bersukaria, saudara kita di sana sedang merana. Mungkin itulah aspirasi yang mewarnai polisi kerajaan Dubai di ambang 2009 ini.

Berita ini mengingatkan saya tentang kejadian Tsunami yang menerjah pantai negara-negara Asia seperti Acheh, Indonesia, Sri lanka, Thailand dan sebagainya pada 2004. Pulau Pinang di Malaysia, turut menerima riaknya (kerana kecil berbanding tempat lain) sehingga angka korbanya mengejutkan kita. Lalu, satu Malaysia yang tergamam melihatkan bencana ini telah dirundung perasaan sedih yang mendalam. Perasaan itu dirasa kerana mangsa tsunami di Acheh dan pesisir pantai negara lain itu sebenarnya meragut ramai umat Islam. Bayangkan dalam sekelip mata, statistik umat Islam di dunia berkurang lebih 100,000 orang dalam satu ujian Allah, dalam masa sehari. Semoga Allah mengampuni dan merahmati semua mangsa yang terlibat…Amin!

Apa yang menarik ialah, tahun baru yang menjelang beberapa hari selepas itu turut mengalami basahnya ombak tsunami. Jiwa-jiwa insaf, baik para pemimpin negara atau rakyat jelata, sepakat tidak membuat keraian, sambutan dan pesta besar-besaran demi menghormati mangsa tsunami dan berkongsi rasa sedih. Sungguh, tsunami menzahirkan keinsafan yang mencengangkan!

Berita: Pembatalan sambutan tahun baru di Malaysia 2005

Berita: Pembatalan sambutan tahun baru di Dubai 2009

Skripnya sama seperti di Dubai tadi. Maksiat ‘bercuti’. Tiada siapa berani membuat dosa, kerana dekatnya azab Allah yang terkena pada jiran dan saudara kita. Tarian terkinja-kinja, lolongan pada setiap detik jam 12, dan nyanyian berbau maksiat berehat seketika. Mungkin alam ketika itu terasa hairan, ke manakah pemaksiat semua? Ada berani melanggar perintah Tuhan lagi?

Namun, namanya manusia. Syaitan yang berebut sekeping hati dengan Malaikat pada setiap pagi, nampaknya kelihatan menang setiap kali tahun baru. Jika tiada amaran dari Allah yang berbentuk visual, maka tiadalah hati rasa digertak agar takutkan Allah. Benarlah firman Allah:

وَإِذَا غَشِيَهُمْ مَوْجٌ كَالظُّلَلِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ فَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمَا يَجْحَدُ بِآيَاتِنَا إِلا كُلُّ خَتَّارٍ كَفُورٍ

Maksud: Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan (membersihkan aqidah) mereka kepada-Nya semata-mata. Kemudian apabila Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakan-Nya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi. (Luqman: 32)

Jernihkan hidup ini…

Tahun baru akan bermakna jika selama ini kita menghargai setiap hari yang kita lalui. Seawal bangun dari tidur yang merehatkan, sewajarnya kita bangkit dengan nafas kesyukuran. Nabi mengajar kita agar menghargai kehidupan dengan doa berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا ، وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksud: Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas kematian (tidur) kami dan kepada-Nya kami kembali.

Berapa ramai yang mensegarkan hati dan fikirannya dengan doa ini pada setiap pagi. Dengan doa yang menyuruh kita menghargai kehidupan, kita akan mendorong semua azam yang kita bina untuk memacu hidup ke hadapan. Menghargai kehidupan akan membuatkan kita positif tentang hidup, dan positif untuk hidup.

Islam juga mengajar kita dengan menutup hari kita di atas peraduan dengan doa dan muhasabah. Berfikir tentang apa kualiti diri yang diusahakan pada hari itu.

Untuk apa memulakan tahun baru atau hari yang mendatang dengan maksiat, kalau ia akan mendatangkan murka Allah. Berdoalah pada Allah agar maksiat terus bercuti dalam hidup kita. Amalkan doa yang diajar Nabi berikut:

اللهم نق قلبي من الخطايا كما نقيت الثوب الأبيض من الدنس اللهم بعد بيني و بين خطيئتي كما بعدت بين المشرق و المغرب

Maksud: Ya Allah, bersihkanlah hatiku daripada dosa kesalahan sebagaimana bersihnya baju putih daripada kotoran. Ya Allah, jauhkanlah diriku dengan dosa kesalahan, seumpama Engkau menjauhkan timur dan barat.

Oleh:
Mohd. Al Adib bin Samuri
(www.al-adib.net)

Sedekah Untuk Web ini



Your Email Address :





al-Bukhari, al-Jami’ al-Sahih al-Mukhtasar, Dar Ibn Kathir, Beirut, jil. 5, hlm. 2330, No. hadith: 5965.

Al-Hakim, al-Mustadrak bi ta’liq al-Zahabi, jil. 2, hlm. 183, No. hadith: 1922. al-Zahabi menghukum hadith ini Sahih.

  • Share/Save/Bookmark

Categories-

  • No categories

3 people have left comments

MUNIRAH HISHAMSHAH - Gravatar

MUNIRAH HISHAMSHAH said:

ouch!terasa…:(

ameen ya rabbal alameen…
janganlah dosa kami jadi penghalang rahmat dan afiat Mu ya Allah…
kasihanilah kami yang lemah dan lalai..

Posted on: 20/01/2009 at 1:48 AMQuote this Comment
aiman - Gravatar

aiman said:

Allahurabbi!..Allahuakbar

Posted on: 02/02/2009 at 6:37 PMQuote this Comment
mohd hafiz sulaiman - Gravatar

mohd hafiz sulaiman said:

assalamualaikum ya akhie al-muslim,

menurut ahli sunah waljamaah perbuatan baik datang dari Allah manakalan perbuatan buruk datang dari manusia sendiri.semoga kita terhindar daripada dorongan untuk melakukan maksiat dan dosa

Posted on: 06/01/2010 at 9:58 AMQuote this Comment

Leave a Comment-

Comment Guidelines: Basic XHTML is allowed (a href, strong, em, code). All line breaks and paragraphs are automatically generated. Off-topic or inappropriate comments will be edited or deleted. Email addresses will never be published. Keep it PG-13 people!

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>

All fields marked with "*" are required.

© 2009-2010 Al-Adib.net (MOHD. AL ADIB BIN SAMURI) All Rights Reserved

Copy Protected by Chetan's WP-CopyProtect.